Artikel

Tiada Caj SST Untuk Bil Air Dan Bil Elektrik Bawah 600 kWj

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil kini memaklumkan tiada sebarang caj cukai jualan dan perkhidmatan (SST) untuk bil air dan juga bil elektrik bawah 600 kWj.

Menteri menjawab persoalan berkenaan melalui media sosial X, menyatakan bil air dan juga bil elektrik bawah 600 kWj kekal tanpa cukai SST sejak dari dulu lagi.

Malaysia akan menguatkuasa caj SST sebanyak 8% mulai 1 Mac 2024, tetapi masih akan mengekalkan caj SST 6% untuk perkhidmatan makanan dan minuman, logistik, parkir, telekomunikasi, dan perkhidmatan penghantaran makanan dan minuman.