Berkuat-kuasa esok, 1 Mac 2024, cukai perkhidmatan SST akan ditingkatkan daripada kadar sedia ada 6%, kepada kadar baharu, 8%. Ini sekaligus memperlihatkan peningkatan sebanyak 2%. Langkah ini secara tidak langsung dijangka akan memberikan sedikit impak kepada harga jualan beberapa perkhidmatan.
Mengikut pengumuman ketika Belanjawan 2024, kadar 8% akan diperkenalkan untuk semua, kecuali perkhidmatan makanan dan minuman, telekomunikasi, parkir kereta dan logistik yang akan dikekalkan dengan 6%.
Langkah ini dijangka akan membantu kerajaan dalam terus menjana pendapatan untuk negara.