Artikel

Starbucks Malaysia Keluar Kenyataan Tidak Pernah Salur Dana Kepada Kerajaan Israel

Starbucks Malaysia kini akhirnya mengeluarkan kenyataan, mengatakan Starbucks Malaysia tidak pernah menyalurkan dana kepada kerajaan Israel atau tentera Israel.

Selepas sekian lama, Starbucks Malaysia mengeluarkan respon dan berkongsi beberapa perkara berkaitan dengan pendirian mereka. Starbucks menyatakan di Malaysia mereka mempunyai lebih 5000 orang pekerja, di 400 cawangan. Jenama ini telah beroperasi selama lebih 25 tahun, dan dimiliki oleh syarikat yang tersenarai awam di Malaysia, iaitu Berjaya Foods.

Menyentuh mengenai kekejaman yang berterusan, Starbucks menyatakan mereka menjunjung tinggi kemanusiaan, dan pada masa yang sama mengutuk kekerasan, kehilangan nyawa orang yang tidak berdosa, dan juga semua ujaran kebencian.

Sebelum ini, pada minggu lepas, Berjaya Food mengumumkan mengalami kerugian, impak daripada boikot yang berlaku disebabkan oleh konflik melanda Palestin.