Artikel

MuftiWP : Tidak Dibenarkan Untuk Menyewakan Barangan Pinjaman Kepada Orang Lain

Mufti Wilayah Persekutuan, melalui soal-jawab terkini, berkongsi menyatakan hukum menyewakan barangan pinjaman orang lain adalah tidak dibenarkan dan tidak sah. Hal ini kerana ia tidak menepati syarat akad sewaan, dimana pemberi sewa mestilah merupakan pemilik manfaat barangan yang ingin disewakan berkenaan.

Seseorang peminjam berhak menggunakan barang untuk diri sendiri sahaja, dan tidak mempunyai hak untuk melakukan transaksi ke pada orang lain menggunakannya.

MuftiWP turut menekankan yang mana sekiranya peminjam telah melakukan akad sewaan, maka si peminjam wajib minta izin daripada pemilik barangan – untuk sama ada mengambil keuntungan bagi diri sendiri, menghalalkannya kepada peminjam, atau pulangkan kembali bayaran sewaan tersebut.

Bacaan lanjut berkaitan perbincangan ini boleh dilakukan di laman MuftiWP.