Artikel

AisAsia Mengemaskini Aplikasi Dengan Menggunakan Logo Baharu – MOVE

AirAsia sebelum ini sedia mengumumkan akan melakukan penjenamaan semula untuk aplikasi mereka, dan akan dipanggil AirAsia Move. Selari dengannya, kini kemaskini telah mula diperkenalkan pada aplikasi berkenaan, dan mula dikenali dengan nama AirAsia Move.

Penggunaan warna juga berubah kepada warna hijau menggantikan warna merah sebelum ini.

AirAsia Move dilihat ingin diposisikan sebagai pusat sehenti untuk pelbagai perkara melibatkan pengangkutan dan perjalanan. Pengguna boleh melakukan tempahan penerbangan melaluinya, selain turut melakukan tempahan hotel, dan tempahan untuk perkhidmatan seru-pandu.

Bagi anda yang menggunakan aplikasi AirAsia SuperApp sebelum ini, boleh mengemaskini aplikasi anda dan mula menggunakan AirAsia Move hari ini.