Artikel

PEDi Akan Dikenali Sebagai NADI Berkuat-Kuasa 1 Mac 2024

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil kini mengumumkan Pusat Ekonomi Digital (PEDi) akan mula dikenali dengan nama baharu, Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) berkuat-kuasa 1 Mac 2024 kelak.

Perubahan nama ini selari dengan evolusi penggunaan pusat berkenaan oleh orang ramai. Ia juga akan lebih memfokuskan kepada peranan pusat berkenaan berbanding sebelum ini.

Kesemua 911 pusat akan dijenamakan semula kepada NADI, dan selari dengannya juga, beberapa aktiviti akan disediakan – termasuk dalam usaha meningkatkan pemahaman terhadap kecerdasan buatan, bantuan kerajaan, dan sebagainya.