Artikel

Lesen Perniagaan Premis Makanan Tidak Akan Diluluskan Jika Tandas Kotor

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan kini memberi peringatan kpeada semua pemilik premis makanan dan minuman di kawasan bandar raya, supaya menjaga tahap kebersihan tandas mengikut piawaian yang ditetapkan. Berkuatkuasa sejak 1 Januari 2024 lepas, lesen perniagaan tidak akan diluluskan sekiranya didapati tandas kotor dan tidak mencapai piawaian ditetapkan.

Peraturan baharu ini tertakluk kepada semua jenis premis restoran, hotel serta warung.

Ini sekaligus akan memerlukan semua premis ini perlu mendapatkan pensijilan bertaraf A untuk kebersihan tandas di semua kedai makan. Langkah ini juga secara tidak langsung akan memberikan lebih keselesaan kepada pengunjung dan pelanggan premis berkenaan.