Artikel

Kerajaan Tetapkan Harga Maksimum Tiket Ke Sabah, Sarawak Sempena Aidilfitri Sebanyak RM599 Sehala

Kerajaan kini menetapkan kadar maksimum untuk tiket penerbangan kelas ekonomi sehala dari Semenanjung ke Sabah, Sarawak dan Labuan adalah sebanyak RM599. Kadar ini adalah untuk tempoh perjalanan selama tiga hari menjelang sambutan Aidilfitri 2024 ini.

Seperti biasa, harga tiket penerbangan akan berbeza-beza sepanjang tempoh perjalanan, dan sekiranya terdapat kenaikkan lebih daripada RM599, ia akan ditampung menerusi subsidi kerajaan untuk tempoh tiga hari menjelang Aidilfitri.

Dengan langkah ini, para pengguna dijangka akan dapat lebih mudah merancang percutian musim perayaan mereka kali ini. Selain inisiatif kerajaan, terdapat beberapa syarikat yang turut memperkenalkan tambang murah untuk perjalanan pulang ke kampung, termasuk beberapa penerbangan tambahan untuk tempoh waktu puncak menjelang Hari Raya Aidilfitri. Untuk tahun ini, raya mungkin jutuh pada 12 April, atau mungkin lebih awal.