Perdana Menteri Anwar Ibrahim kini mengumumkan kerajaan menyediakan beberapa insentif untuk syarikat yang pindahkan pangkalan mereka ke Tun Razak Exchange (TRX) di Kuala Lumpur.
Insentif yang disediakan adalah termasuk elaun bangunan industri, pengecualian cukai ke atas 70% daripada pendapatan berkanun untuk tempoh 5 tahun bagi pemaju hartanah, pengecualian duti setem ke atas pinjaman dan perkhidmatan untuk status syarikat TRX.
Sebelum ini, bangunan Tun Razak Exchange telah diperkenalkan sebagai pusat kewangan antarabangsa baharu negara. Menara Echange 106 juga merupakan pencakar langit kedua tertinggi di Malaysia, dan ketiga di Asia Tenggara.