Bank digital Malaysia pertama, iaitu GX Bank kini mengumumkan penawaran permohonan kad debit GX kepada semua pengguna di Malaysia. Untuk makluman, kad debit ini sebelum ini telah ditawarkan secara terhad kepada beberapa pengguna, dan kini akhirnya ia dibuka kepada semua.
Kad debit GX Bank hadir dengan beberapa kelebihan, termasuk kemudahan pengeluaran di ATM secara percuma, selain penawaran ganjaran pulangan tunai kembali 1% untuk setiap perbelanjaan. Namun, kedua-dua promosi ini adalah terhad untuk seketika waktu sahaja.
Bagi anda yang menggunakan GX Bank, boleh membuat permohonan kad debit GX ini melalui aplikasi hari ini. Untuk makluman juga, GX Bank merupakan perkhidmatan perbankan tidak patuh syariah.