Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil hari ini memperkenalkan kod etika wartawan yang baharu, sekaligus dijangka akan menjadi garis panduan agensi media dalam terus mengangkat martabat media sebagai sumber berita yang boleh dipercayai.
Etika Kewartawanan Malaysia sebelum ini telah diperkenalkan pada 1989 dan menjadi rujukan utama pelbagai agensi media. Kini, selari dengan perkembangan dan evolusi industri, kod etika baharu diperkenalkan.
Kod etika baharu ini terdiri daripada lapan etika utama, iaitu
- Wartawan bertanggungjawab menjadi suara masyarakat majmuk;
- Wartawan hendaklah telus dan berintegriti;
- Wartawan digalakkan berlaku adil dalam menyampaikan informasi;
- Pemberitaan tidak dipengaruhi kepentingan peribadi;
- Kesahihan dan ketetapan maklumat;
- Wartawan perlu menghormati privasi dan kerahsiaan sumber;
- Wartawan perlu memahami undang-undang, akta dan polisi yang berkaitan dengan ruang lingkup tugas mereka;
- Wartawan perlu memberi keutamaan untuk meningkatkan kemahiran kewartawanan secara berterusan.