Pengasas Daiso, Hirotake Yano telah meninggal dunia pada usia 80 tahun, disebabkan oleh masalah jantung.
Sebelum ini, Hirotake Yano telah menjenamakan semula syarikat kepada Daiso pada tahun 1977, dan ketika itu memperkenalkan satu harga untuk semua barang – iaitu ¥100. Ketika memulakan kedai, mereka mendapati agak sukar untuk tag setiap barangan dengan harga berbeza – sekaligus memilih satu harga sahaja untuk semua barangan, dan memudahkan pengurusan.
Ketika itu, Daiso merupakan antara yang terawal hadir dengan konsep kedai yang menggunakan satu harga untuk pelbagai barangan.
Pada hari ini, Daiso bukan sahaja meliputi Jepun, tetapi turut mempunyai cawangan di pelbagai negara, termasuk di Malaysia. Hirotake Yano sebelum ini telah meningalkan jawatan presiden pada 2018 yang lepas, dan digantikan dengan anak beliau.