Artikel

Kerajaan Kaji Untuk Panjangkan Tempoh Sah Laku Pasport Sehingga 10 Tahun

Kerajaan melalui Kementerian Dalam Negeri (KDN) kini berkongsi mengatakan sedang melakukan kajian dalam memanjangkan tempoh sah laku sesuatu pasport keluaran Malaysia, sehingga 10 tahun.

Pada hari ini, pasport Malaysia dikeluarkan dengan tempoh sah laku maksimum sehingga lima tahun, dan perlu memperbaharui selepas tamat tempoh. Dengan pelanjutan tempoh sah laku, ia dijangka memudahkan lagi orang ramai – terutamanya apabila disatukan dengan visa ke sesuatu negara pada pasport.

Apa pun, buat masa ini hal ini masih pada peringkat kajian. Beberapa negara di rantau Asia Tenggara sedia menawarkan tempoh sah laku sehingga 10 tahun, termasuk antaranya adalah Singapura, Indonesia dan Thailand.