Nike, jenama kasut yang popular di dunia, kini mengumumkan akan membuang sekitar 2% tenaga kerja mereka, sekaligus memberikan kesan kepada lebih 1500 orang pekerja. Nike menyatakan ini adalah sebahagian daripada proses penstrukturan semula mereka.
Selari dengannya juga, Nike menyatakan akan memfokuskan kepada beberapa kategori utama, seperti kasut untuk berlari, kasut wanita, dan juga jenama Jordan dibawah Nike. Nike tidak menyatakan secara spesifik pekerja yang akan dibuang ini daripada bahagian yang mana.
Penstrukturan semula ini hadir selari dengan pelbagai ramalan memperlihatkan industri peruncitan terutamanya melibatkan pakaian yang memperlihatkan perkembangan yang perlahan pada tahun ini.
Disamping Nike, sejumlah syarikat lain rentas industri turut telah mula melakukan pembuangan pekerja sejak bermulanya tahun 2024 – termasuk sejumlah besar syarikat teknologi global.