Bermula 1 Mac 2024, kerajaan akan mengimplementasi kadar cukai perkhidmatan sebanyak 8% – yang ditingkatkan daripada kadar 6% sedia ada. Ini secara tidak langsung akan memberikan kesan kepada sejumlah perkhidmatan, termasuk perhotelan.
Menyentuh mengenainya, presiden Persatuan Hotel Malaysia dipetik mengatakan harga hotel mungkin meningkat naik antara 10% ke 30% selepas implementasi kadar cukai SST 8% yang baharu, berkuat-kuasa 1 Mac 2024.
Peningkatan ini adalah disebabkan impaknya yang menyeluruh pada perkhidmatan seperti pembersihan, pengangkutan, infrastruktur dan juga operasi lain yang berkaitan.
Walaubagaimanapun, ia ditekankan yang mana harga hotel di Malaysia adalah antara yang terendah di rantau Asia Tenggara ini.