Kini ia dikongsikan yang mana 3.25 juta orang telah melakukan kemaskini maklumat pada sistem PADU setakat ini, sekaligus menyaksikan lebih 10% rakyat Malaysia telah mengemaskini maklumat pada sistem berkenaan.
Secara keseluruhan, mengikut data pentadbiran, terdapat 30.08 juta orang warganegara di Malaysia.
Pangkalan Data Utama (PADU) ini dibangunkan dalam usaha mempertingkatkan penyampaian khidmat kerajaan kepada golongan sasaran dengan tepat, dan pada masa yang sama menjimatkan masa serta wang negara dari segi bantuan, subsidi dan sebagainya.
Sebelum ini, kerajaan menyasarkan 29 juta rakyat Malaysia akan mengemaskini maklumat pada sistem berkenaan menjelang 31 Mac 2024 kelak. Namun, dengan angka kini hanya mencapai 3.25 juta, maka ia mungkin agak mencabar untuk mencapai angka sasaran berkenaan pada tarikh yang ditetapkan.