Artikel

Microsoft Kini Mencapai Nilai Pasaran $3 Trilion – Mengatasi Apple

Microsoft kini mencapai nilai pasaran $3 trilion, sekaligus memposisikan ia sebagai syarikat paling bernilai di dunia, mendahului Apple. Sebelum ini, Apple menjadi yang pertama mencapai nilai pasaran berkenaan, tetapi memperlihatkan penurunan selepas itu.

Sementara untuk Microsoft, pelaburan dalam arena kecerdasan buatan dilihat membawa kepada peningkatan harga saham. Microsoft sendiri, selain memfokuskan kepada sokongan kecerdasan buatan pada storan awanan Azure, Microsoft juga telah mula mengintegrasikan ia secara lebih mendalam pada pelbagai produk mereka, termasuk Microsoft Office, Microsoft Teams dan sebagainya.

Ciri dinamakan Copilot juga turut diintegrasikan menyeluruh pada Windows, selain ditawarkan sebagai aplikasi pada platform lain, termasuk melalui web.