Artikel

Raiz Kids Diperkenalkan Dalam Memudahkan Ibubapa Menyimpan Untuk Anak-Anak

Raiz merupakan salah satu aplikasi dengan fokus terhadap menyimpan dan melabur. Aplikasi Raiz dibangunkan dengan kerjasama pihak PNB. Terbaru, pembangunnya turut mengumumkan sebuah ciri baharu, dinamakan Raiz Kids.

Raiz Kids hadir terbina pada aplikasi utama Raiz. Melaluinya, para ibu bapa boleh melakukan simpanan dan pelaburan untuk anak-anak mereka. Melalui akaun ini, ibu bapa boleh memberikan akses terhad kepada anak-anak, dan seterusnya memindahkan sepenuhnya akaun apabila anak berkenaan mencapai umur 18 tahun.

Raiz Kids telah diperkenalkan dalam bentuk beta sejak Januari 2024 lepas, dan menyaksikan sekitar 3500 akaun telah didaftarkan setakat ini.