Artikel

Syarikat Edagang Singapura, Qoo10 Mengambil-alih Wish

Wish.com, salah satu laman edagang terkemuka di Amerika Syarikat, kini diumumkan akan dijual kepada syarikat Qoo10 yang berpusat di Singapura. Qoo10 akan mengambil-alih Wish pada harga $173 juta.

Wish sebelum ini telah diasaskan pada 2010, dan menawarkan sejumlah barangan pada harga diskaun. Kebanyakkan barang yang dijual adalah daripada pengeluar China, membolehkan Wish menjualnya pada harga sangat murah, dan ia turut diminati ramai pengguna di Amerika.

Ketika ia disenaraikan pada bursa pada 2020, Wish dinilaikan mencapai $14 bilion. Namun, kini dengan pelbagai persaingan, Wish dilihat kehilangan nilai secara drastik, dan dijual kepada Qoo10 pada harga $173 juta.

Dengan persaingan sengit oleh syarikat China sendiri, seperti Shein, Temu, dan juga TikTok Shop, ia mungkin sukar untuk Wish terus bersaing – sekaligus memilih untuk menjual perniagaan mereka kepada Qoo10. Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi apakah perancangan pihak Qoo10 dengan Wish.