Artikel

90% Madu Dipasaran Dikatakan Adalah Madu Tiruan

Mengikut perkongsian pensyarah kanan USM, pasaran madu di pasaran menghadapi cabaran tersendiri, apabila hampir 90% madu di pasaran adalah madu tiruan. Ini sekaligus menyukarkan para pengguna dalam mendapatkan madu asli, seklaligus memerlukan ujian makmal dalam mengenal pasti madu asli.

Madu, terutamanya madu kelulut menyertakan beberapa khasiat bersama dengannya, termasuk adalah pertumbuhan untuk kanak-kanak, meningkatkan sistem imun badan, mengawal tekanan emosi, selain mencegah penyakit nyanyuk. Ia turut hadir dengan pelbagai bahan antioksida dan vitamin, sekaligus menjadikannya sebagai antara superfood di Malaysia.

USM sendiri melalui kajian dan penyelidikan mereka sedang membangunkan inisiatif KELULUNOMIC, yang memastikan kawalan kualiti serta menjamin bekalan berterusan untuk madu kelulut, dan ia dipasarkan melalui syarikat Brainey Sdn Bhd, yang merupakan syarikat pecahan universiti.