Artikel

Maybank Menghentikan Pengeluaran Kad Touch ’n Go Zing Berkuat-kuasa 1 Mac 2024

Maybank kini mengumumkan mereka akan menghentikan pengeluaran kad Touch ’n Go Zing berkuat-kuasa 1 Mac 2024. Selepas tarikh tersebut, tiada lagi kad baharu, gantian, atau pembaharuan akan ditawarkan dibawah kad berkenaan.

Bagi kad Touch ’n Go Zing sedia ada, ia boleh digunakan sehingga tarikh luputnya, tanpa sebarang masalah.

Sebelum ini, melalui kad Zing ini, ia membolehkan pengguna pautkan ke kad kredit Maybank, dan seterusnya melakukan tambah-nilai secara automatik. Ini sekaligus memudahkan pengguna melakukan tambah-nilai, tanpa perlu melakukan tambah-nilai secara manual seperti kad Touch n Go biasa.

Namun, dengan adanya kad TNG NFC baharu, ia mungkin menjadi alternatif. Walaupun tidak menawarkan tambah-nilai secara automatik, pengguna boleh lakukan tambah-nilai dengan menggunakan baki TNG eWallet serta ciri NFC pada telefon pintar.