Artikel

Alibaba Mengurangkan 20,000 Orang Pekerja Pada 2023

Alibaba merupakan salah satu syarikat gergasi internet di China, yang turut mempunyai pegangan pada Lazada. Dengan saiznya yang besar, ia turut tidak terkecuali, dan telah melakukan pembuangan sejumlah besar pekerja pada tahun 2023 yang lepas.

Mengikut angka dikongsikan, sepanjang 2023, Alibaba telah membuang sekitar 20,000 orang pekerja. Pada penghujung 2023, Alibaba mempunyai seramai 219,260 pekerja, berbanding hampir 240,000 pada permulaan tahun berkenaan.

Selain pengurangan pekerja, Alibaba juga telah melakukan penstrukturan, dan untuk tahun 2024 ini, ia dilihat langkah penstrukturan yang lebih menyeluruh akan dilakukan dan mungkin memberi kesan kepada pengurangan aset dan juga pekerja.

Disamping Alibaba, sejumlah syarikat teknologi turut telah melakukan penstrukturan dengan mengurangkan tenaga kerja mereka sejak Januari 2024 ini.