Artikel

Permintaan Buah Oren Untuk Musim Tahun Baru Cina 2024 Rendah – Penjual Hadapi Cabaran Habiskan Stok

Dengan Tahun Baru Cina menjelang tiba dalam hanya beberapa hari lagi, nampaknya permintaan untuk buah oren atau “Mandarin Orange” bagi musim perayaan kali ini dilihat lebih rendah berbanding sebelumnya. Walaupun harga jualan adalah lebih rendah, permintaan untuknya dilihat sangat rendah.

Salah satu sebab untuknya dilihat adalah disebabkan oleh kesan ekonomi yang membawa kepada peningkatan harga pada pelbagai perkara lain – membuatkan ramai yang menyambut Tahun Baru Cina berhati-hati dan berjimat dalam berbelanja.

Menurut laporan FMT, sejumlah penjual buah oren berkenaan dilihat menghadapi kerugian, dan buah masih sukar dijual walaupun ditawarkan pada harga rendah. Kuantiti kotak yang dibeli oleh orang ramai juga dilihat lebih sedikit berbanding musim perayaan sebelum-sebelum ini.