Spritzer, pengeluar air mineral terkemuka tempatan kini mengumumkan mereka telah memetarai perjanjian kerjasama dengan KNP Development Sdn Bhd dalam membangunkan sebuah projek perumahan di Perak.
Menurut Spritzer, kerjasama ini akan memberikan mereka peluang dalam mempunyai pengalaman dan pegangan pada industri pembangunan hartanah. Dibawah kerjasama ini, Spritzer akan mengeluarkan kos untuk pembangunan rumah di tanah seluar 5.78 ekar yang disediakan KNP.
Seterusnya, Spritzer dijangka akan menjana pendapatan melalui jualan rumah dan hartanah di kawasan berkenaan.
Spritzer akan membangunkan projek ini dibawah anak syarikat Spritzer Development (SDev), yang sebelum ini telah dibentuk pada 2021 lepas.