Artikel

KPTDGA Dijenamakan Semula Sebagai PETRA – Kementerian Peralihan Tenaga Dan Transformasi Air

Kementerian Peralihan Tenaga dan Daya Guna Awam (KPTDGA) kini diubah namanya kepada nama baharu yang lebih mudah dikenali, iaitu Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA).

Perubahan nama ini juga sekaligus memudahkan lagi orang ramai dalam mengetahui fungsi dan tugas kementerian berkenaan dengan lebih jelas. Seperti sebelumnya, kementerian ini akan memfokuskan kepada sektor tenaga dan juga air – yang sedia menjadi komponen utama dalam kehidupan harian semua orang.

Selari perubahan nama ini, nama PETRA akan mula digunakan secara rasmi atas segala urusan selepas ini.

Untuk makluman, sebelum ini, KPKT turut telah dijenamakan semula sebagai Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.