Artikel

Kerajaan Beri Tol Percuma Pada 8 Dan 9 Februari 2024 – Sempena Tahun Baharu Cina

Bersempena dengan cuti musim perayaan Tahun Baharu Cina pada penghujung minggu ini, kini kerajaan mengumumkan pemberian tol percuma selama dua hari untuk kenderaan kelas 1 (kenderaan persendirian), pada 8 dan juga 9 Februari 2024.

Tol percuma ini akan diberikan di semua lebuh raya, kecuali plaza tol lebuh raya di sempadan negara.

Orang ramai masih perlu menyentuh kad Touch n Go pada plaza tol sebelum memasuki lebuhraya – seperti sebelum-sebelum ini, tetapi tiada caj akan dikenakan sepanjang tempoh tersebut.