Artikel

Kerajaan Sasar 80% Isi Rumah Di Kuala Lumpur Dalam Radius 10 Minit Daripada Stesen Transit Terdekat, Menjelang 2040

Kerajaan kini menyasarkan untuk 80% isi rumah, atau 8 daripada 10 isi rumah di Kuala Lumpur adalah dalam lingkungan radius 10 minit daripada stesen transit terdekat, menjelang tahun 2040 kelak. Ini selari dalam usaha meningkatkan lagi kadar penggunaan pengangkutan awam.

Dibawah visi Kuala Lumpur 2040 juga, ia menyasarkan dalam mencapai penggunaan pengangkutan awam minima 70% dalam kalangan penduduk di bandar.

Sementara itu, kerajaan turut mengumumkan akan meningkatkan lagi mutu perkhidmatan bas percuma GoKL dengan menambah laluan kepada 15 laluan, selain meningkatkan kadar frekuensi perkhidmatan.