Artikel

Penyakit Kanser Adalah Punca Kematian Ke-4 Tertinggi Di Malaysia

Mengikut laporan Jabatan Perangkaan Malaysia 2023, ia memperlihatkan penyakit kanser kini adalah punca kematian ke-4 tertinggi di Malaysia. Pada tahun 2023, 12.6% kematian yang berlaku adalah disebabkan oleh kanser. Disamping itu, kanser juga menjadi punca utama kematian di hospital swasta, meliputi 26.44%.

Salah satu punca utama kematian yang tinggi melibatkan kanser adalah kerana pengesanan penyakit berkenaan pada tahap yang lewat. Ia turut dikongsikan yang kanser hati adalah salah satu daripada lima kanser paling lazim di Malaysia – selain kanser payudara, kanser kolorektal, kanser paru-paru dan kanser nasofaring.

Dalam terus menjaga kesihatan, Dr Dzulkefly, Menteri Kesihatan mengalakkan rakyat Malaysia untuk mengamalkan gaya hidup sihat melalui pemakanan selain aktif secara fizikal. Rakyat juga dinasihatkan untuk tidak mengambil alkohol dan tidak merokok.