Artikel

Touch n Go eWallet Akan Mengenakan Caj 1% Untuk Tambah-Nilai Guna Kad Kredit

Touch n Go eWallet kini memaklumkan akan mula mengenakan caj sebanyak 1% untuk semua tambah nilai menggunakan kad kredit bermula 23 Februari 2024. Tambah-nilai menggunakan DuitNow Transfer dan juga kad debit akan kekal percuma buat masa ini.

Pihak TNGD sendiri mengalakkan pengguna menggunakan pemindahan menggunakan DuitNow Transfer ke akaun TNG eWallet, sekaligus memastikan proses pemindahan lebih selamat antara bank.

Pihak TNG turut berkongsi menyatakan kini mereka mempunyai lebih 20 juta pengguna yang telah disahkan dibawah mereka, yang menggunakan TNG dalam urusan pembayaran dan pemindahan wang.