Lembaga Pengampunan Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya kini memaklumkan yang mana hukuman ke atas bekas Perdana Menteri, Dato Sri Najib Razak akan dikurangkan, sekaligus membawa kepada tarikh pembebasan awal pada 23 Ogos 2028.
Tempoh penjara dikurangkan daripada 12 tahun kepada 6 tahun, sementara denda pula dikurangkan daripada RM210 juta kepada RM50 juta. Walaubagaimanapun, ia dimaklumkan yang mana sekiranya gagal membayar denda berkenaan, maka tempoh penjara akan ditambah selama setahun lagi.
Sebelum ini, pada 23 Ogos 2022 lepas, Mahkamah Persekutuan telah mengekalkan hukuman ke atas Najib Razak atas penyelewengan dana SRC International berjumlah RM42 juta.