Artikel

Sultan Ibrahim Dimasyhur Sebagai Yang di-Pertuan Agong Ke-17

Sultan Ibrahim kini telah mengangkat sumpah jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong Ke-17 untuk tempoh lima tahun akan datang. Sultan Ibrahim diputerakan pada 22 Nov 1958 di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru, dimasyhurkan sebagai Sultan Johor pada 23 Jan 2010 selepas kemangkatan Almarhum Sultan Iskandar, dan dimahkotakan pada 23 Mac 2015.

Sultan Ibrahim menggantikan Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang tamat tempoh pemerintahan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16, semalam.

Selari dengan ini juga, Istana Negara memaklumkan penggunaan nama rasmi bagi YDPA ke-17 ialah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim.