Artikel

Lebih 2 Juta Rakyat Malaysia Kini Telah Mengemaskini Data Di PADU

PADU (Pangkalan Data Utama) kini berkongsi menyatakan seramai lebih 2 juta rakyat Malaysia kini telah mengemaskini maklumat masing-masing di sistem PADU. Walaubagaimanapun, angka berkenaan masih jauh berbanding sasaran yang ditetapkan sekitar 29 juta rakyat Malaysia yang mengemaskini maklumat pada sistem berkenaan menjelang 31 Mac 2024 kelak.

Pangkalan Data Utama (PADU) ini dibangunkan dalam usaha mempertingkatkan penyampaian khidmat kerajaan kepada golongan sasaran dengan tepat, dan pada masa yang sama menjimatkan masa serta wang negara dari segi bantuan, subsidi dan sebagainya.

Melalui data yang dihimpunkan juga, ia akan memudahkan lagi kerajaan dalam membuat keputusan yang lebih baik kepada rakyat berasaskan kepada keperluan dan keadaan semasa rakyat.

Selain melalui web, pihak pelaksana PADU juga telah mula turun ke pelbagai kawasan dalam membantu proses pendaftaran ini dalam kalangan rakyat. Bagi anda sendiri, boleh merujuk ke laman PADU hari ini, dan mengemaskini data anda pada platform berkenaan.