Artikel

Negeri Sembilan Tidak Benarkan Pekerja Asing Tinggal Di Kawasan Kediaman – Perlu Pindah Ke Kuarters Atau Kawasan Komersial

Kerajaan Negeri Sembilan kini mengambil keputusan tidak lagi membenarkan penempatan pekerja warga asing di kawasan berstatus kediaman. Kerajaan negeri memberi tempoh sehingga hujung 2024 ini, sebelum ia dikuat-kuasa sepenuhnya.

Selepas tempoh berkenaan, semua pekerja asing di negeri tersebut akan perlu ditempatkan di kawasan berstatus komersial atau kuarters berbentuk Pusat Penempatan Pekerja Asing.

Kuarters berkenaan perlulah mempunyai semua kemudahan asas, dan berpagar. Ia juga perlu mematuhi pelbagai syarat yang ditetapkan oleh pihak berkuasa tempatan.

Kerajaan negeri berhasrat agar semua masalah berpunca daripada pekerja warga asing termasuk gangguan dan kebersihan akan dapat diselesaikan dengan langkah ini.