Artikel

Bursa Malaysia Dan SSM Melancarkan Platform SME X – Memudahkan PKS Meraih Dana

Bursa Malaysia dan juga Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) kini bekerjasama dan memperkenalkan sebuah platform baharu, dinamakan SME X. Melaluinya, ia disasarkan menjadi pusat setempat dalam memudahkan para peniaga kecil dan sederhana untuk meraih dana pelaburan daripada pihak luar – sekaligus terus memperluaskan perniagaan mereka.

SME X ini boleh diakses oleh sejumlah pelabur, termasuk firma pelaburan, VC dan institusi pelaburan yang lain. Melaluinya, mereka dengan mudah boleh menyemak kedudukan kewangan sesuatu syarikat, sekaligus menyasarkan perkembangan dan potensi untuk syarikat berkenaan – sebelum memilih untuk melabur.

Buat masa ini, platform SME X ini masih pada peringkat awal, dan boleh diakses dalam bentuk langganan. Pihak Bursa menyatakan mereka yang berminat boleh menghubungi melalui emel [email protected] untuk mengakses platform berkenaan.