Bermula hari ini, 29 Januari 2024, pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 1 telah pun mula dikreditkan secara berperingkat kepada mereka yang berkelayakan.
Melalui STR Fasa 1, kerajaan telah menaikkan bayaran sehingga RM500 kepada isi rumah, berbanding RM300 pada tahun lepas. Ini juga secara tidak langsung meningkatkan peruntukkan bagi Fasa 1 ini mencapai RM2.1 bilion.
Menurut kerajaan, seramai 8.2 juta individu yang layak telah berdaftar untuk STR 2024. Dengan bantuan sumbangan ini, ia dijangka akan mengurangkan beban kos sara hidup yang kian meningkat akhir-akhir ini.
Bagi orang ramai, anda boleh menyemak status kelayakan STR melalui laman rasmi di Bantuan Tunai hari ini. Anda turut dinasihatkan supaya sentiasa berwaspada dan tidak klik pada pautan yang tidak sahih oleh pihak tidak bertanggungjawab.