PayPal kini berkongsi menyatakan mereka akan melancarkan produk berasaskan kecerdasan buatan tidak lama lagi, disamping turut menambah sokongan untuk pembayaran dengan satu-klik dibawah penawaran produk mereka.
PayPal menyatakan pada hari ini mereka sedia mempunyai data berkaitan apa pengguna beli, dan dengan integrasi kecerdasan buatan, ia dijangka akan membantu para penjual dalam menyasarkan golongan sasaran yang akan menjadi pembeli.
PayPal ingin memperkenalkan penawaran pertama berasaskan kecerdasan buatan pada tahun ini, dalam membantu para penjual mencapai golongan sasaran mereka dengan mudah berasaskan sejarah pembelian. Disamping itu, penjual juga boleh berkongsi barangan berkaitan yang boleh dibeli seseorang pada bahagian resit pembelian.
Selain ciri ini, PayPal akan memperkenalkan ciri pembelian pantas dinamakan Fastlane, sekaligus membuatkan pengalaman pembeli lebih laju berbanding kebiasaan.