Artikel

Luno Perkenal Ciri “Ethereum Staking” Untuk Pengguna Di Malaysia

Luno kini secara rasminya mengumumkan pengenalan ciri Stake bagi pasaran Malaysia, dan untuk fasa pengenalan ini, ia hanya menyokong kriptowang Ethereum.

Fungsi Stake ialah salah satu kaedah untuk menjana ganjaran dari kripto dengan membantu mengesahkan transaksi mata wang kripto. Anda boleh menjadikan mata wang kripto anda sebagai Stake pada projek yang menggunakan mekanisme konsensus Proof-of-Stake untuk memproses transaksi seperti Ethereum.

Luno menyatakan mereka akan menawarakan ganjaran tahunan sehingga 4% dibawah ciri baharu ini, namun seperti biasa, angka ini bergantung pada keadaan rangkaian. Ganjaran akan diberikan kepada mereka yang terlibat, pada setiap minggu.

Luno turut menyatakan mereka akan memperkenalkan ciri sama, tetapi untuk kriptowang Cardano dalam beberapa minggu lagi.