Artikel

Khazanah Dilaporkan Mungkin Menerajui Pelaburan Berjumlah $400 Juta Pada Oyo

Khazanah Nasional kini dilaporkan dalam perbincangan untuk menerajui pelaburan berjumlah $400 juta pada Oyo.

Bagi yang tidak mengenali akan Oyo, ia merupakan salah satu rangkaian hotel bajet, yang memberikan pengalaman selari kepada semua pengunjung yang berkunjung ke mana-mana hotel dibawah rangkaian tersebut. Di Malaysia sendiri, terdapat sejumlah hotel yang disenaraikan dibawah Oyo.

Ia dikatakan perbincangan bersama Khazanah masih pada peringkat awal, dan terdapat kemungkinan Khazanah tidak menerajui pelaburan baharu ini. Sekiranya Khazanah turut menerajui pelaburan pada Oyo, ia boleh dikatakan akan menjadi antara syarikat dibawah portfolio Khazanah di India – selepas melabur pada Wow! Momos baru-baru ini.