Ketua Menteri Sabah, kini mengumumkan kerajaan negeri Sabah akan menyediakan pemeriksaan kesihatan secara percuma kepada semua rakyat negeri dibawah bayu tersebut.
Untuk peringkat permulaan, inisiatif ini akan dilaksanakan di 10 daerah terlebih dahulu, melalui penggunaan sebuah van khas yang dilengkapi dengan pelbagai peralatan canggih – sekaligus membolehkan ia sampai ke kawasan luar bandar.
Pelaksanaan perkhidmatan ini akan ditugaskan dibawah bidang kuasa Kementerian Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat di Sabah.