Artikel

Sistem Pendidikan Tadika Akan Diseleraskan Oleh Kementerian Pendidikan

Jemaah Menteri kini putuskan yang mana sistem pendidikan tadika selepas ini akan diseleraskan oleh Kementerian Pendidikan. Langkah ini sekaligus akan memastikan kualiti pendidikan awal untuk kanak-kanak lebih terjamin dan semua kanak-kanak menerima kualiti pendidikan yang sama.

Selari dengan langkah ini, Kementerian Pendidikan dijangka akan berkongsi lanjut berkaitan dengan keputusan ini dalam masa terdekat.

Sebelum ini, ramai ibu bapa dilaporkan mengadu mengatakan kualiti pengajaran di tadika adalah berbeza-beza antara satu sama lain. Dengan langkah penyelerasan ini, ia akan memudahkan kualiti diselaraskan, dan membawa kepada kualiti pendidikan yang selari pada semua tahap pembelajaran.