Bank Negara Malaysia kini mengumumkan yang mana kadar OPR akan dikekalkan pada paras 3.0% tanpa sebarang kenaikkan atau penurunan.
Menurut BNM, anggaran awal KDNK bagi suku keempat mengesahkan pertumbuhan keseluruhan pada tahun 2023 berkembang mengikut jangkaan. Untuk tahun 2024 juga, pertumbuhan dijangka akan terus meningkat, selari dengan pemulihan eksport dan perbelanjaan dalam negeri yang berdaya tahan.
BNM turut menyatakan inflasi keseluruhan dan inflasi teras terus menurun pada suku ke-4 2023. Untuk tahun 2024, inflasi dijangka akan kekal sederhana.
BNM menekankan yang mana pada tahap OPR semasa, dasar monetari terus menyokong ekonomi, serta konsisten dengan penilaian semasa berhubung prospek pertumbuhan dan inflasi.