Artikel

Catcha Digital Membeli 70% Pegangan TR Media Pada Nilai RM665k

Catcha Digital yang memiliki sejumlah syarikat media digital dibawah iMedia, hari ini mengumumkan telah memeterai perjanjian pemilikan pegangan sebanyak 70% pada TR Media, pada nilai RM665,000. Untuk makluman, TR Media mempunyai sebuah laman web tempatan yang beroperasi dibawah nama TheReporter.my.

Mengikut perkongsian pihak iMedia, TheReporter mempunyai pengunjung purata berjumlah 600,000 pengguna, dengan paparan mencapai 1,300,000 sebulan, untuk tempoh 6 bulan terakhir.

Pengambil-alihan ini dijangka akan mengukuhkan lagi kedudukan iMedia (Catcha Digital) dalam arena portal berbahasa Malaysia.