Artikel

Menteri : Cadangan Naik-Taraf Lesen B2 Ke B Penuh Secara Automatik Tidak Akan Dilakukan Secara Kelulusan Menyeluruh

Salah satu perkara yang sedang dipertimbangkan oleh kerajaan melibatkan pengangkutan adalah naik-taraf lesen B2 ke B penuh. Dari pelbagai perbincangan yang diadakan, kini Menteri Pengangkutan, Anthony Loke menyatakan kelulusan untuknya tidak akan dilakukan secara kelulusan menyeluruh – sebaliknya akan mempunyai sejumlah kriteria khusus untuknya.

Beberapa perkara dijangka akan diambil kira sebelum kelulusan diberikan, termasuk dari segi had umur, bilangan tahun memegang lesen, dan juga beberapa perkara lagi. Mengikut perkongsian awal sebelum ini, antara perkara yang akan dipertimbangkan adalah termasuk berumur 35 tahun ke atas, selain tempoh memiliki lesen B2.

Apa pun, buat masa ini, pelbagai perkara ini masih pada peringkat perbincangan, dan tidak diketahui lagi bilakah akan dilaksanakan.