Nilai Bitcoin kini dilihat jatuh kembali dibawah nilai RM200,000, selepas memperlihatkan peningkatan nilainya sejak beberapa minggu lepas. Kejatuhan nilai dibawah RM200,000 pada minggu ini boleh dikatakan berlaku pertama kali pada tahun 2024 ini selepas memperlihatkan peningkatan positif – selari dengan pengesahan Bitcoin ETF di Amerika Syarikat.

Apa pun, mengikut spekulasi ramai, ia disasarkan ini mungkin pergerakkan pasaran semasa – selari dengan lebih ramai pelabur memfokuskan kepada saham tradisional seperti saham teknologi dan semi-konduktor yang memberikan pulangan tinggi.
Sebelum ini juga, beberapa kali kita sedia melihat pergerakkan nilai Bitcoin ke bawah, dan seterusnya meningkat naik kembali dengan drastik – sekaligus memberikan pulangan lebih tinggi kepada para pelabur Bitcoin dan kriptowang lain.