Sebuah surah pekeliling baharu kini dikeluarkan, mengarahkan semua penjawat awam untuk mengemaskini maklumat diri masing-masing pada sistem PADU, selewat-lewatnya pada 15 Februari 2024 ini.
Sistem PADU telah diperkenalkan pada awal tahun 2024 ini, dalam usaha menjadi pangkalan data utama yang akan menjadi titik rujukan dalam membuat pelbagai keputusan, selain pada masa yang sama menerajui ke arah digitalisasi.
Selain penjawat awam, semua rakyat Malaysia juga boleh lakukan pendaftaran dan pengemaskini di portal PADU.