Artikel

MPH Menutup Kedai Buku Di Mid Valley Megamall – Selepas Hampir 25 Tahun

MPH kini mengumumkan mereka akan menutup kedai buku mereka di Mid Valley Megamall – selepas ia beroperasi sekitar 25 tahun. MPH menyatakan dengan perubahan masa, ia membawa kepada keperluan mereka menyesuaikan kaedah menjual buku, sekaligus membawa kepada langkah ini.

MPH sebelum ini telah membuka kedai di Mid Valley Megamall sejak penghujung 1999 yang lepas, dan ia telah menjadi salah satu kedai mega MPH yang menjadi tumpuan ramai. Ketika era kegemilangannya juga, MPH Mid Valley Megamall menjadi antara kedai buku yang menawarkan koleksi buku kanak-kanak terbesar di Lembah Klang. Cawangan ini akan ditutup pada penghujung Januari 2024 ini, dan jualan penutupan kini sedang dilaksanakan.

Pihak MPH menyatakan walaupun akan menamatkan operasi diMPH Mid Valley Megamall, namun mereka akan membuka kedai mercu terbaru mereka di The Exchange TRX pada tahun ini.