Artikel

4 Filem Tempatan Pada 2023 Mencatatkan Kutipan Hanya Bawah RM10,000

Mengikut data semasa yang dikongsikan oleh FINAS melalui laman rasmi mereka, ia memperlihatkan sebanyak 62 filem tempatan telah ditayangkan di pawagam pada 2023 lepas, dan 4 filem daripadanya mencatatkan pendapatann kurang RM10,000.

Antara filem yang mencatatkan kutipan bawah RM10,000 ini adalah Kaaval The Movie dengan kutipan berjumlah RM5645.10, Kau Pilih Siapa dengan RM7158, Vik2ria Secret dengan kutipan RM5058.90, dan juga Sazali Meor Coco dengan kutipan RM6990.35.

Ia boleh dikatakan kutipan ini agak mengecewakan memandangkan ada yang menerima dana kerajaan bernilai antara RM500,000 hingga RM800,000 bersama dengan dana pemasaran antara RM60,000 hingga RM90,000.

Mengikut data FINAS juga, secara keseluruhan juga, kutipan bagi tahun 2023 dilihat agak berkurangan berbanding tahun 2022. Kutipan keseluruhan untuk filem tempatan pada 2023 berjumlah RM108,573,052.33 sementara jikalau dibandingkan, pada 2022 kutipan menyeluruh mencatatkan angka RM196,413,021.90.