Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz, kini berkongsi pendapat menyatakan jualan kenderaan elektrik dijangka meningkat mendadak pada tahun 2024 ini, selari dengan pelaburan melibatkan industri berkenaan.
Setakat Disember 2023 lepas, lebih 100,000 kenderaan elektrik telah didaftarkan di Malaysia. Pada tahun 2023 lepas sahaja, jualan kenderaan elektrik telah meningkat 200% berbanding 2022.
Pada hari ini, terdapat lebih 1500 stesen pengecasan elektrik, dan angka berkenaan dijangka akan terus meningkat, sekaligus memudahkan lagi proses pengecasan oleh para pengguna. Kerajaan sendiri turut memberikan rebat sehingga RM2,400 untuk pembelian motosikal elektrik sejak Disember 2023 lepas.
Dengan pelbagai inisiatif dan perkembangan dalam dunia kenderaan elektrik ini, jualan melibatkan kenderaan elektrik sama ada kereta atau motosikal juga dijangka meningkat mendadak pada tahun 2024 ini.