Artikel

Meals In Minutes Meraih Suntikan Dana Berjumlah $1.5 Juta

Meals in Minutes, salah satu syarikat startup tempatan kini telah berjaya meraih suntikan dana sebanyak $1.5 juta (~RM7 juta), yang mana akan digunakan untuk terus memperluaskan perkhidmatan dan penawaran mereka, termasuk untuk memasuki pasaran baharu. Suntikan dana baharu ini diterajui oleh 500 Global.

Menurut Meals in Minutes, suntikan dana baharu ini akan memberikan peluang kepada meraka dalam teruskan penawaran di Malaysia dan Singapura, disamping turut memperluaskan penawaran ke United Kingdom.

Sebelum ini, Meals in Minutes telah dimulakan pada 2020 lepas, menawarkan produk makanan yang di sejuk beku, dan sedia dimasak oleh semua dalam masa kurang 15 minit. Ia juga turut mempunyai sijil Halal dan juga ISO 22000.

Melalui laman rasmi Meals in Minutes, produk mereka boleh didapati di sejumlah kedai, termasuk di Jaya Grocer, Village Grocer, AirAsia Fresh, dan juga pasaran BIG. Pengguna juga turut boleh melakukan tempaahn melalui laman web – dimana penghantaran dibuat sekitar Lembah Klang dan Selangor sahaja buat masa ini.