Artikel

Tarif Air Domestik Naik Purata 22 Sen Setiap Meter Padu Berkuat-kuasa 1 Februari 2024

Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) kini mengumumkan tarif air untuk pengguna domestik di seluruh Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan akan naik sebanyak 22 sen bagi setiap meter padu, berkuat-kuasa 1 Februari 2024.

Peningkatan ini dikatakan selaras dalam memastikan penambah-baikkan perkhidmatan air, disamping permintaan kerajaan negeri. Tarif air juga akan dikaji semula setiap tiga tahun untuk memastikan keselarasan dalam penentuan bayaran.

SPAN turut menekankan yang mana kenaikkan ini masih rendah dan tidak dapat menampung kos sebenar penyediaan perkhidmatan bekalan air sebanyak RM1.75 bagi setiap meter padu.

Secara anggaran kasar, pengguna domestik dijangka akan dapat melihat julat kenaikkan antara RM1.60 sen hingga RM8 sebulan, untuk penggunaan sebanyak 20 meter padu sebulan.